MEMPERKENALKAN PERKHIDMATAN EasyPostMy KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAGI MEMBOLEHKAN ANDA MEMBELI-BELAH SECARA ONLINE BARANGAN DARI UK DENGAN MUDAH. EasyPostMy MENAWARKAN PERKHIDMATAN MEMBELI DAN MENGHANTAR BARANGAN DARI UK KE MALAYSIA MELALUI POS.

Saturday 19 February 2011

Online Shopping - Membeli-belah Tanpa Sempadan


MENGAPA RAKYAT MALAYSIA MEMILIH ONLINE SHOPPING

Kaji selidik yang dijalankan oleh Mastercard dan Visa pada tahun 2009 dan 2010 menunjukkan online shopping semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Sebagai contoh, pembelian barangan melalui eBay semakin popular kerana ia sangat mudah, cepat dan selamat. Berdasarkan respons pengguna mengapa mereka memilih online shopping kerana faktor-faktor berikut:
  1. Cepat dan mudah. Pengguna tidak perlu ke pusat membeli-belah untuk membeli     barangan. Pembelian boleh dibuat di mana-mana sama ada di rumah, pejabat atau ketika sedang bercuti bersama keluarga. Situasi ini lebih selesa dan menjimatkan masa.
  2. Pelbagai jenis pilihan barangan. Pengguna dapat melihat pelbagai jenis barangan yang ditawarkan oleh pembekal/penjual di laman web masing-masing. Ini memudahkan pengguna  membuat perbandingan harga dan memilih yang terbaik.
  3. Pembayaran yang selamat. Pengguna tidak perlu mengeluarkan wang di kaunter bank atau ATM. Bayaran secara terus kepada pembekal/penjual.
  4. Diskaun dan harga yang lebih murah. Pengguna berpeluang untuk mendapatkan  tawaran harga barangan yang lebih murah dari harga pasaran terutamanya ketika jualan murah. Ia lebih menjimatkan.
  5. Barangan tiada di pasaran. Ada barangan yang tidak dijual di pasaran kerana tiada permintaan daripada pengguna dan hanya ditawarkan melalui internet. Ada juga barangan yang tidak dijual di Malaysia tetapi hanya dijual di negara-negara tertentu sahaja. Pengguna tiada pilihan dan perlu membeli secara online.
Fenomena online shopping bukan sesuatu yang baru di Malaysia kerana ia lahir dari kesedaran pengguna sendiri bahawa membeli-belah secara online adalah lebih pantas, selamat dan menjimatkan masa. Pengguna juga sudah bijak untuk membuat pilihan  terhadap sesuatu barangan yang ingin dibeli. Walaupun tidak berkomunikasi dengan pembekal/penjual secara langsung, mereka tetap berhati-hati dengan pembekal/penjual alam cyber agar tidak tertipu. Kini, semakin ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat untuk membeli-belah tanpa sempadan, tidak kira di mana jua sama ada barangan tempatan atau luar negara. 



BARANGAN LUAR NEGARA PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas rakan-rakan dari Malaysia, sebilangan besar rakyat Malaysia gemar membeli barangan dari luar negara seperti pakaian, kasut, handbag, sportwear, handphone, notebook, pinggan-mangkuk dan lain-lain lagi. Jenama barangan seperti Louis Vuitton, Coach,  Mulberry, Nike, Adidas, Clark, Hush Puppies, Tefal, Prestige, Corelle, Portmeirion, Royal Albert, Noritake dan Queen Anne sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan mereka sanggup menghabiskan wang  untuk mendapatkan barangan ini sama ada membeli secara terus di pusat membeli-belah atau  online shopping. 

Tidak dinafikan barangan luar negara banyak dijual di Malaysia terutamanya di pusat membeli-belah terkemuka seperti KLCC, Mid Valley Megamal, Pavilion, Sunway Pyramid, One Utama  dan Sogo. Walau bagaimanapun, tidak semua jenama ada dijual di Malaysia kerana pasarannya bergantung kepada permintaan  dan tahap kemampuan pembeli. Tambahan pula, jenis barangan dan pilihan jenama yang dijual di Malaysia adalah terhad.  Ini bermakna pilihan pengguna terhadap jenama luar negara agak terbatas. Kebanyakkan barangan yang dijual agak mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan tertentu sahaja. Ada juga pengguna yang sanggup menunggu jualan murah atau mega sales untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. 

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, keinginan untuk membeli barangan  luar negara sememangnya ada kerana banyak pilihan barangan tiruan dijual pada harga yang lebih murah walaupun kualitinya tidak setanding jenama mewah. Sekiranya mereka ingin membeli barangan original, ada yang sanggup membeli secara online dari luar negara kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Tetapi mereka perlu menanggung kos penghantaran  yang mahal ke Malaysia. Bagi pengguna yang tidak sanggup membayar kos penghantaran ini, mereka akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di luar negara untuk membelinya dan mengepos ke Malaysia bagi menjimatkan kos.

PERKHIDMATAN MEMBELI DAN MENGHANTAR BARANGAN UK KE MALAYSIA MELALUI EasyPostMy

Kami ingin memperkenalkan perkhidmatan EasyPostMy kepada rakyat Malaysia bagi membantu anda membeli-belah barangan dari UK dengan cara yang lebih mudah. EasyPostMy menawarkan perkhidmatan membeli dan menghantar barangan dari UK ke Malaysia melalui pos. Perkhidmatan ini disediakan bagi menguruskan  pembelian dan penghantaran barangan dari UK yang tidak dihantar oleh pembekal/penjual ke Malaysia. Sekiranya pembekal/penjual ada menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan terus ke Malaysia, anda masih boleh menggunakan EasyPostMy dengan menghantar barangan tersebut ke alamat kami di UK. EasyPostMy akan menguruskan penghantaran tersebut ke Malaysia. 

EasypostMy hanya  akan mengenakan bayaran handling charges yang berpatutan di antara GBP3.00 hingga GBP5.00 per item manakala kos-kos lain seperti delivery and shipping  costs akan ditanggung oleh pembeli mengikut harga yang dikenakan oleh pihak pembekal/penjual. Tiada kos tambahan dikenakan.

PANDUAN MEMBELI
  1. Anda hanya perlu mencari barangan yang diinginkan di mana-mana laman web UK ataupun melalui link-link yang telah disediakan oleh kami. Sila pastikan barangan yang terpilih hendaklah mempunyai berat yang bersesuaian (tidak terlalu berat)  untuk menjimatkan kos penghantaran. Perkhidmatan ini  terbuka bagi pembelian barangan seperti pakaian, kasut, beg, buku, UK souveniers,  kitchenware dan bakingware kerana ia ringan dan mudah dihantar melalui pos. Bagi lain-lain barangan seperti dishware (pinggan-mangkuk), jam tangan, cookware, strollers, peralatan elektronik seperti handphone dan notebook tidak digalakkan.
  2. Maklumkan kepada kami barangan yang telah dipilih dan ingin dibeli bersama detailed link melalui email. Sila pastikan maklumat mengenai barangan tersebut adalah lengkap (laman web, jenis/kod item, harga, dan lain-lain jika ada) untuk memudahkan kami membuat semakan di laman web tersebut.
  3. Kami akan menyediakan quotation kepada anda untuk disemak. Semua butiran  maklumat barangan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Quotation akan dihantar melalui email sebagai rujukan.
  4. Sekiranya anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu memaklumkan kepada kami melalui email dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya kami tidak menerima apa-apa maklum balas dalam tempoh tersebut, pembelian barangan tidak akan dilakukan. Kami beranggapan anda tidak berminat untuk berurusniaga.
  5. Sekiranya anda bersetuju dengan quotation tersebut, sila maklumkan kepada kami   secepat mungkin melalui email. Kami akan meminta anda memasukkan wang pembelian ke dalam bank EasyPostMy yang terpilih di Malaysia. Semua pembelian dan transaksi bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Sila maklumkan kepada kami melalui email jika wang telah dimasukkan. Pembelian barangan akan dibuat setelah penerimaan wang di dalam akaun bank kami. Barangan yang telah dibeli akan dihantar terlebih dahulu ke alamat kami di UK.
  6. Setelah barangan tersebut diterima, kami akan menguruskan penghantaran pos ke alamat anda di Malaysia sama ada melalui perkhidmatan Royal Mail atau Parcel Force bergantung kepada saiz dan berat barangan tersebut. Bagi  berat barangan kurang dari 2kg ia akan dipos melalui Royal Mail manakala bagi berat barangan melebihi 2kg akan dipos melalui Parcel Force. Penghantaran barangan anda ke Malaysia akan dimaklumkan melalui email.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh diemail kepada kami di easypostmy@gmail.com. Kami sedia membantu.

ENJOY YOUR ONLINE SHOPPING WITHOUT BOUNDARIES! 

4 comments:

  1. hye..boleh saya dapatkan contct number whatsapp

    ReplyDelete
  2. hye..boleh saya dapatkan contct number whatsapp

    ReplyDelete
  3. perkhidmatan ni masih ada ke....

    ReplyDelete
  4. perkhidmatan ni masih ada ke....

    ReplyDelete